--------------------------------------

Free Classifieds - Post free classified ads in a variety of categories and get exposure to your product, service, or affiliate link.

Monday, November 5, 2007

Bolasepak Tempatan

Apa khabar & salam perkenalan kepada semua pembaca blog zairy-WeBlog Here. Hari ini kami ingin mengingatkan kita semua (refresh your memory..kata omputeh) tentang kedatangan musim baru bolasepak Liga Malaysia, bagi yang terlupa atau buat-buat lupa jenguk-jenguk lah sekejap bolasepak kita. Kalau bukan kita yang menyokong bolasepak tempatan, siapa lagi 'tak gitu'. Bagi mereka yang tak berminat @ kurang minat (x ada selera kata org Arab) tak mengapa, mungkin tahap bolasepak tempatan belum mencapai citarasa footballers-footballers, kickers-kickers & sama waktu dgnnya, tapi jagn tak ambik tahu langsung sudah le yek..ape ke he nyer kate org parit.

Yang teman nk bagitau ni dengar cite FAM (klau x kenal gak ngan menatang ni x tahu le teman) menjanjikan mutu bolasepak yang boleh dikatakan tinggi, mungkin disebabkan persatuan ini sudah berubah wajah, darah baru la katakan. Ini suatu perkara yang baik & molek untuk didengar, tambahan skuad bawah 23thn kebangsaan juga ura-ura dikatakan tidak akan bermain untuk liga M untuk menjaga kualiti pemain kebangsaan (dengar cite le). Ini sudah dikira bagus sebab kualiti pemain dalam Liga M belum mencapai tahap yang dikehendaki sebenarnya. Kalau bebudak ni main dalam Liga M mungkin prestasi mereka jatuh bukan nak menyindir pemain LigaM tapi nak bagi mereka cabaran (challenge) untuk memajukan diri.

Baiklah bagi peminat-peminat pasukan negeri & kelab datanglah ke stadium berdekatan anda, ramai-ramai lagi happening..

p/s : Nak tunggu pasukan kebangsaan bawak balik emas Sukan Sea, klu x berjaya tamatlah riwayat football fan in M'sia

No comments:

Jana Pendapatan Sampingan Anda!