Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi - BHarian April23 08'
MAKKAH: Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa 'Greenwich Meridian Time' atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.
Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk 'Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.'
Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara.
Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.
Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.
Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi.
"Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat," katanya.
Persidangan itu turut menilai semula apa yang digambarkan sebagai jam Makkah "Saat Makkah" ciptaan seorang penduduk Islam Perancis, Yasin a-Shouk.
Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam dan sepatutnya membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.
Persidangan di Qatar adalah sebahagian aliran popular di kalangan masyarakat Islam yang mahu mengumpul bukti bahawa sains moden menggunakan asas bukti daripada al-Quran.
Amalan itu digelar 'Ijaz al-Quran', yang secara kasar diterjemahkan sebagai 'mukjizat al-Quran.'
Kepercayaan yang digariskan ialah kebenaran saintifik juga didedahkan dalam al-Quran, dan sudah menjadi tugas sarjana Islam untuk mendalaminya dan memperkenalkan buktinya.
Isteri Yasin yang menjadi penyelia sidang, berkata: "Negara Barat memaksa kita menggunakan garis Greenwich yang tidak dapat dilihat sebagai rujukan masa dunia."
Beliau berharap, negara Islam dapat menyertai projek menggunakan waktu Makkah bagi memperkuat keyakinan bahawa Tanah Suci itu adalah pusat bumi, bukan secara teori tetapi praktikal.
Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu.
--------------------------------------
Friday, August 27, 2010
Ilmuwan Islam Syor Guna Saat Makkah ganti GMT-Article
Posted by
hery
at
8:57 AM
0
comments
Sunday, March 28, 2010
Apa Itu Pemasaran Informasi? Kenapa Ia Sangat Terlaris?
Sambungan dari post lepas mengenai pemasaran informasi (information marketing)..
Posted by
hery
at
5:46 PM
0
comments
Labels: Internet Marketer, Panduan Perniagaan Internet, pemasaran
Saturday, March 27, 2010
Apa itu Pemasaran Informasi?
Walaupun terdapat banyak definisi mengenai bisnes ini saudara Azizi Ali mendefinisikannya sebagai satu bisnes yang mana para usahawan - yang dikenali sebagai pemasar-pemsar informasi - mengumpul informasi, mempakejkannya dalam pelbagai format dan seterusnya menjual produk dan perkhidmatan tersebut kepada khalayak pasaran, tempatan dan antarabangsa, yang betul-betul menggilai dan sangat memerlukannya. Produk-produk ini mudah untuk dicipta, murah untuk dikeluarkan tetapi menariknya, menghasilkan keuntungan yang besar.
- Bagaimana untuk kekal sihat
- Bagaimana untuk mengurangkan berat badan
- Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik
- Bagaimana untuk mendidik anak-anak yang pintar
- Bagaimana untuk menarik perhatian perempuan/lelaki
- Bagaimana untuk berpakaian dengan lebih baik
- Bagaimana untuk menjana wang
- Bagaimana untuk memulakan bisnes
- Bagaimana untuk mengembangkan bisnes anda
- Bagaimana untuk menambah jualan anda
- Bagaimana untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan
- Bagaimana untuk menambah baik daya ingatan anda
- Bagaimana untuk memulakan perkhidmatan temu janji atas talian (online dating)
- Bagaimana untuk melabur dalam saham
- Bagaimana untuk melabur dalam hartanah
Posted by
hery
at
9:40 PM
0
comments
Labels: Internet Marketer, Panduan Perniagaan Internet, pemasaran, Produk
Monday, November 26, 2007
Panduan Membeli Belah Secara Online
Assalamu'alaikum & salam sejahtera kepada pembaca semua,
Salah seorang rakan usahawan internet kita telah menyediakan satu ebook percuma mengenai Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia. Panduan ini amat berguna terutama kepada bakal usahawan baru yang ingin berkecimpung dalam perniagaan internet, malah tidak terkecuali saya katakan bagi semua peringkat masyarakat kita di Malaysia (makanya wajib dibaca..hoho).
Bagi mereka yang sudah mendapatkan ebook ini, disarankan untuk menyebarkan kepada bakal pelanggan atau sesiapa sahaja panduan ini secara percuma. Diharap ia dapat menigkatkan lg industri perniagaan internet di Malaysia.
Untuk mendownload klik di sini
Sekian, selamat membaca.
Posted by
hery
at
4:14 PM
0
comments
Labels: Panduan Perniagaan Internet