--------------------------------------

Free Classifieds - Post free classified ads in a variety of categories and get exposure to your product, service, or affiliate link.

Sunday, March 28, 2010

Apa Itu Pemasaran Informasi? Kenapa Ia Sangat Terlaris?

Sambungan dari post lepas mengenai pemasaran informasi (information marketing)..


Jadi kenapa ia sangat terlaris?

Persoalan mengapa ia sangat terlaris adalah kerna
1. orangramai tersedar tentang nilai informasi/maklumat
2. mereka sanggup bayar untuk mendapatkan maklumat ini

Tentu sekali munasabah; daripada berlari dalam kegelapan, kenapa tidak belajar daripada mereka yang sudah pun tahu jawapannya? Daripada terpaksa bertungkus lumus bertahun lamanya, kenapa tidak belajar untuk menyelesaikan permasalahan anda dalam jangka masa sehari atau dua hari? ini bukan sekadar teori tetapi sedang berlaku dalam kehidupan sebenar.

Kita lihat dalam aspek bisnes, kebanyakan antara kita sudah pin memilliki banyak informasi yang sangat diinginkan oleh para pelanggan. Ramai antara kita sudah pun memiliki khazanah ilmu pengetahuan yang begitu bernilai kepada orang lain. Apa yang kita perlu lakukan sekarang hanyalah mempakejkan khazanah ini dalam format yang memenuhi keperluan pelanggan.

Ok, setakat ini dulu post kali ini. Saya fikir anda sudah mula nampak simbol wang di kepala anda sekarang, haha :)

Saturday, March 27, 2010

Apa itu Pemasaran Informasi?

Walaupun terdapat banyak definisi mengenai bisnes ini saudara Azizi Ali mendefinisikannya sebagai satu bisnes yang mana para usahawan - yang dikenali sebagai pemasar-pemsar informasi - mengumpul informasi, mempakejkannya dalam pelbagai format dan seterusnya menjual produk dan perkhidmatan tersebut kepada khalayak pasaran, tempatan dan antarabangsa, yang betul-betul menggilai dan sangat memerlukannya. Produk-produk ini mudah untuk dicipta, murah untuk dikeluarkan tetapi menariknya, menghasilkan keuntungan yang besar.


"Jadi apakah informasi-informasi ini?" Anda mungkin bertanya "Dan kenapa ia sangat bernilai?" Jawapan kepada soalan pertama ialah hampir kesemuanya! Berikut ialah senarainya yang (sangat) ringkas:
  • Bagaimana untuk kekal sihat
  • Bagaimana untuk mengurangkan berat badan
  • Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik
  • Bagaimana untuk mendidik anak-anak yang pintar
  • Bagaimana untuk menarik perhatian perempuan/lelaki
  • Bagaimana untuk berpakaian dengan lebih baik
  • Bagaimana untuk menjana wang
  • Bagaimana untuk memulakan bisnes
  • Bagaimana untuk mengembangkan bisnes anda
  • Bagaimana untuk menambah jualan anda
  • Bagaimana untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan
  • Bagaimana untuk menambah baik daya ingatan anda
  • Bagaimana untuk memulakan perkhidmatan temu janji atas talian (online dating)
  • Bagaimana untuk melabur dalam saham
  • Bagaimana untuk melabur dalam hartanah
Seperti yang anda lihat, kemungkinanya tiada batasan. Senarai yang sangat pendek ini sekadar contoh mengenai informasi yang sedang dipasarkan oleh para pemasar informasi: kedua-duanya di luar (off line) dan di atas talian (online). Malah semua ini sedang dilakukan dan menghasilkan wang untuk para pemasar informasi ketika anda sedang membaca posting ini! Mereka datang dengan pelbagai format yang berbeza; buku, manual, lembaran tip, buletin, pelajaran berstruktur, video, program latihan, perisian, seminar dan juga produk digital.

Jadi, anda tunggu apa lagi? ramai usahawan telah berjaya dengan model bisnes ini. Akhir kata, selamat berjaya.

ps: artikel di ambil dari buku yang ditulis oleh Azizi Ali

Jana Pendapatan Sampingan Anda!