--------------------------------------

Free Classifieds - Post free classified ads in a variety of categories and get exposure to your product, service, or affiliate link.

Friday, December 19, 2014

ASB UMUM AGIHAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.00 SEN SEUNIT

Salam sejahtera semua...tahun depan boleh la berkira-kira dengan dividen ASB anda..ni ada berita baik tapi dividen rendah sket dari tahun 2013..

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 10.8% berbanding dengan RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun 2013.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM804.43 juta, iaitu peningkatan sebanyak 19.0% berbanding dengan RM675.93 juta yang dibayar pada tahun 2013 oleh PNB. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.6 juta pemegang unit yang melanggan 137.07 bilion unit ASB.

Jumlah pendapatan kasar ASB pada 16 Disember 2014 adalah sebanyak RM10.55 bilion. Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.64 bilion atau 44.0% daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM4.23 bilion atau 40.1%. Selebihnya, iaitu RM1.68 bilion atau 15.9% adalah daripada lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2014. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2005 sehingga tahun 2014.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabatpejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2015.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejenejen ASNB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa yang sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.


Dikeluarkan oleh:
PERMODALAN NASIONAL BERHAD

No comments:

Jana Pendapatan Sampingan Anda!