Salam hormat semua,
Promosi membunuh? tidak, saya cuma ingin berkongsi sedikit cerita mengenai sebuah kedai komputer (computer store) yang menjalankan satu promosi yang ter-amat2 menarik kepada pelanggan2 disekitarnya(dulu mereka ada jgak buat masa mula2 open kedai mereka kt sini). Saya tahu para internet marketer juga telah melakukan perkara yg sama pada produk mereka sebelum ni..
Nak dijadikan cerita, pada bulan lepas saya telah mendapatkan sebuah LCD monitor 17" pada harga yang berpatutan, iaitu cuma RM399.00..pasti anda terkejut <('0')> . Tetapi ia hanya untuk 20 unit sahaja pada hari tersebut, jadi saya & adik keluar rumah awal skit sebab takut terlepas benda alah ni. Apabila sampai je kami kt tempat tu, kami lihat 'pehh' ramai tul umat kt situ, kami keluar x la lambat sgt lebih kurang 8.15pagi tiba kt situ, pastu kami terus masuk queue (bukan potong queue ma). Beberapa min kemudian kami diberi no (macam no giliran) & dapatlah saya no 76 & adik sy 75, dalam hati pun berkata "xda harapan" ,bayangkan LCD tu hanya 20unit, no kami 75&76...
Nasib kami baik aritu (ada luck), apabila tiba giliran kami utk membeli, cuma tggal 3 atau 4 biji je lagi LCD tu. Nk tau kenapa? Pada haritu mereka juga menjual Thumb Drive 2GB(50unit), Inkjet printer (30unit) & juga LCD ni 20 unit, semuanya pada aritu 100unit. Kebanyakan pelanggan di depan kami membeli printer & juga thumb drive, kerana harganya juga menarik, ThumbDrive2GB=RM29.90 & Canon Injket Printer=RM88.00, meleleh air liur korang melihatnye, hehe..
Ini adalah satu teknik pemasaran yang bagus, walaupun harga produk rendah, tetapi habis dijual. Jadi kuranglah stok barangan yang disimpan & produk baru dapat dikeluarkan dengan segera.
p/s: minggu seterusnya mereka menjual LCD19"=RM499, wow!!
--------------------------------------
Free Classifieds - Post free classified ads in a variety of categories and get exposure to your product, service, or affiliate link.
Tuesday, November 13, 2007
Promosi Membunuh ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haha...
Post a Comment